Program Pencegahan Denggi

18 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

MPKK Kg.Kubu Gajah telah mengadakan program pencegahan denggi di Kg.Kubu Gajah. Program ini berlansung pada 17 Mac 2019 bermula pada pukul 8 pagi sampai 1 tengah hari. Seramai 100 orang terlibat dalam program ini.

Program ini bertujuan untuk menjadikan kawasan kampung ini sebagai kawasan yang bersih dan bebas daripada penyakit denggi.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan tanah kawasan persekitaran, taklimat dan kuiz denggi, aktiviti mewarna dan cabutan bertuah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali